IPOH - Dua warga emas maut manakala lima lagi cedera selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta pacuan empat roda di Jalan Kampung Kuala Slim, Slim River malam ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa yang maut adalah dua lelaki masing-masing berusia 73 tahun iaitu pemandu dan penumpang kereta Proton Saga manakala pemandu Toyota Hilux berusia 30 tahun serta penumpang yang juga empat warga asing mengalami cedera ringan.