Jual semula minyak masak terpakai RM2.50 sekilogram
Iklan
Orang ramai beratur menunggu giliran menyerahkan minyak masak terpakai untuk dikitar semula.
KUALA NERUS – Orang ramai berpeluang menjana pendapatan melalui hasil jualan semula minyak masak terpakai pada harga RM2.50 bagi setiap satu kilogram menerusi program kitar semula yang dilaksanakan oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Inisiatif yang digerakkan oleh Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS) UMT itu bukan sahaja bertujuan mengurangkan pencemaran alam sekitar, malah turut memberi manfaat ekonomi kepada komuniti setempat.
Iklan
Iklan
Pengarah program, Dr Ahmad Shauqi Mohamad Zubir berkata, sebanyak 900 kilogram minyak masak terpakai berjaya dikumpulkan menerusi Projek Santuni Komuniti yang melibatkan beberapa kampung sekitar Kuala Nerus pada Sabtu.
"Dengan kadar RM2.50 sekilogram, peserta yang menyumbangkan minyak terpakai boleh memperoleh pendapatan tunai sambil membantu memelihara alam sekitar,” katanya di sini pada Ahad.
Setiap satu kilogram minyak terpakai boleh dijual kembali pada harga RM2.50 pada program kitar semula dianjurkan UMT.
Iklan
Sementara itu, Penyelaras program, Profesor Madya Dr Safwan Mohd Nor berkata, pihaknya merancang untuk memperluaskan inisiatif tersebut ke sekolah dan kawasan lain dengan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) bagi memperkukuh kesedaran awam terhadap pengurusan sisa lestari.
"Kita bercadang untuk memperluaskan program ini ke kawasan lain dan bekerjasama dengan sekolah-sekolah serta NGO bagi meningkatkan kesedaran generasi muda tentang kepentingan pengurusan sisa secara mampan,” ujarnya.
Iklan
Program kitar semula tersebut turut mendapat kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta penduduk dari Kampung Wakaf Tengah, Mengabang Telipot dan Pengkalan Maras di sini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kerajaan bantu 8 sekeluarga tinggal di pondok miliki kediaman lebih selesa" /><meta itemprop="description" content="Kerajaan bantu 8 sekeluarga tinggal di pondok miliki kediaman lebih selesa
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan membantu lapan sekeluarga yang tinggal di pondok usang di Kampung Paya Besar, Hulu Terengganu memiliki kediaman lebih selesa, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Pengarah KKDW Terengganu, Md Razi Md Lazim berkata, beberapa perkara sedang diteliti dan pihaknya sedang berusaha menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732145/edisi/terengganu/kerajaan-bantu-8-sekeluarga-tinggal-di-pondok-miliki-kediaman-lebih-selesa
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #KKDW #bantugologanmiskin #KarnivalSiangMalam" /><meta itemprop="uploadDate" content="2025-06-04T11:24:55.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/YX4Iq1eG2q7c-IKXh/x120" /><meta itemprop="duration" content="P154S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9krzjo" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9krzjo" data-playlist="x9cvg4"></script>
OSZAR »