Sanggup bersidai dua hari di KLIA tunggu sindiket
Iklan
Antara warga asing disyaki gagal memenuhi syarat kemasukan sebagai pelancong ke Malaysia ditahan AKPS KLIA.
SEPANG - Berlegar-legar tanpa arah dan duduk di kelompok keluarga pelancong asing di ruang legar balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi antara taktik warga asing untuk lolos masuk negara ini.
Warga asing itu juga sanggup ‘berkampung’ atau menunggu dalam tempoh yang panjang selepas ketibaan sementara mendapat panggilan daripada ejen sindiket atau pihak tertentu untuk melalui ‘laluan selamat’ bagi membolosi pemeriksaan penguat kuasa di KLIA.