Penduduk Kampung Melayu Majidee tetap mahukan hak milik kekal

Iklan
Kampung Melayu Majidee terletak di tengah kawasan bandar raya Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Penduduk Kampung Melayu Majidee menegaskan bahawa mereka kekal dengan pendirian untuk menukar status Tanah Rizab Melayu (TRM) daripada pajakan 99 tahun kepada hak milik kekal.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Pemilik-Pemilik Tanah dan Penduduk Kampung Melayu Majidee (PERKAM), Abdul Rahim Md Shariff berkata, pendirian itu dikeluarkan susulan kenyataan kerajaan negeri berhubung isu Kampung Melayu Majidee pada Isnin.

Iklan
Iklan

"Pihak PERKAM masih belum menerima jawapan rasmi berkaitan permohonan tersebut. Namun, penyambungan pajakan bukan isu utama kerana ia sememangnya dibolehkan.

"Sekiranya permohonan ditolak, kami memerlukan alasan yang dinyatakan secara jelas sebelum rayuan semula dibuat.

Iklan

"Bagaimanapun, kami tetap mahukan agar Tanah Rizab Melayu (TRM) pajakan 99 tahun yang diduduki kini ditukarkan kepada hak milik kekal,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu pada Isnin, kerajaan negeri dilaporkan tidak pernah bersikap zalim terhadap rakyat dan sentiasa berusaha memastikan hak milik tanah penduduk, khususnya di kampung-kampung tradisi seperti Kampung Melayu Majidee, terus terpelihara.

Iklan

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, status pajakan tanah bukanlah satu bentuk pencerobohan, sebaliknya merupakan bentuk pegangan yang sah di sisi undang-undang.

Pada masa sama, kerajaan negeri turut sedang mengubah Rancangan Kawasan Khas (RKK) perkampungan tradisi Melayu di Johor Bahru agar selaras dengan Pelan Pembangunan Wilayah Selatan Johor (JSSZ), bagi memastikan kampung-kampung tersebut tidak terpinggir daripada arus pembangunan.

Pada 27 April lalu, penduduk Kampung Melayu Majidee yang berdepan isu tempoh pajakan 99 tahun yang hampir tamat dinasihatkan agar segera membuat permohonan lanjutan tempoh pajakan tanah mereka.

PERKAM turut memaklumkan bahawa permohonan penukaran status TRM Kampung Melayu Majidee kepada hak milik kekal telah dibuat oleh pemilik tanah dan penduduk setelah merujuk kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Johor.

Sebelum itu, pada 20 April, lebih 40,000 penduduk Kampung Melayu Majidee dilaporkan masih menanti jawapan rasmi berhubung permohonan penukaran TRM kepada hak milik kekal yang telah dikemukakan kepada kerajaan negeri sejak tahun lalu.

OSZAR »