Risiko politik ahli keluarga
Iklan
Dalam dunia politik, ahli keluarga biasanya diusung sama ke dalam pentadbiran. - Gambar hiasan
DALAM dunia hari ini, jika petani bertanya kepada anak-anaknya mahukah mereka menyambung dinasti keluarga dengan terus ke bendang?
Kalau ada pilihan, mungkin tak seorang pun yang mahu. Adalah lebih baik berhijrah ke bandar, bekerja di pejabat atau setidak-tidaknya bekerja sebagai pemandu Grab.