MENYEDARI kira-kira 42 peratus isi rumah kini mempunyai penggoreng udara sekali gus menyaksikan peralihan ketara kepada kaedah memasak moden dan mudah ini, Nestlé Malaysia melancarkan siri resipi perapan MAGGI® yang membawakan cita rasa asli dalam hanya dua langkah.
Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols berkata, siri MAGGI® pes perapan untuk penggoreng udara ini mencerminkan matlamat Nestlé meningkatkan kualiti kehidupan melalui makanan.
"Selain itu, ia membolehkan individu yang sibuk dan keluarga mereka menikmati cita rasa kegemaran dengan persediaan ringkas.
"Pelancaran ini turut mencerminkan hubungan rapat MAGGI® dengan isi 2/3 rumah Malaysia dan komitmen berterusan untuk menyediakan pengalaman memasak yang sesuai dengan keperluan gaya hidup hari ini,” katanya.
Menerusi generasi, MAGGI® adalah teman setia di dapur Malaysia dan siri pes perapan baharu untuk penggoreng udara ini meneruskan warisan legasi yang dibina selama ini.
Diperbuat dengan ramuan segar dan bermutu tinggi, pes perapan ini dihasilkan oleh chef-chef MAGGI®, sebagaimana disediakan secara tradisional untuk anda menyajikan masakan tempatan dengan cita rasa asli seperti yang disediakan oleh pakar kulinari.
Tanpa memerlukan persediaan yang memakan banyak masa, siri pes ini memberikan penyelesaian mudah dalam dua langkah: perap dan masak di dalam penggoreng udara, membolehkan orang ramai menghidangkan makanan tempatan kegemaran ramai dengan mudah walaupun pada hari yang sibuk.
Sementara itu, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI® Malaysia, Ivy Tan Link Cheh berkata, semua orang patut diberi peluang untuk merasai detik manis menikmati makanan lazat.
"Walaupun rakyat Malaysia menggemari makanan yang dimasak di rumah, ramai yang menghadapi cabaran meluangkan masa untuk memasak siri pes perapan baharu kami, yang sesuai untuk penggoreng udara, diperbuat dengan ramuan segar untuk menghasilkan cita rasa asli dengan cara yang mudah.
"Siri ini memanfaatkan kemudahan perkakas dapur moden supaya semua orang sama ada yang berpengalaman atau yang baru masuk dapur boleh memasak sajian kegemaran Malaysia di rumah,” katanya.
Tambah beliau, inovasi yang dipelopori menepati janji jenama untuk menjadi teman memasak setiap rakyat Malaysia, menjadikannya lebih mudah untuk menghidangkan masakan tradisional lazat sambil merapatkan hubungan sesama rakan dan keluarga.
Siri MAGGI® pes perapan untuk penggoreng udara itu merangkumi empat pilihan cita rasa Malaysia, setiap satu dihasilkan dengan ramuan segar dan adunan rempah ratus tradisional.
Pes ayam goreng berempah diperbuat daripada bawang segar dan adunan herba yang menyelerakan.
Pes ayam percik menggabungkan bawang segar, bawang putih dan serai untuk rasa pedas manis yang seimbang manakala pes lada hitam menggabungkan lada hitam dan bawang besar segar.
Rangkaian ini turut memperkenalkan pes perapan sate baharu yang diperbuat daripada serai, kunyit dan rempah penuh beraroma untuk menghasilkan cita rasa yang memang digemari rakyat Malaysia.
Pelancaran inovatif ini sekali gus menandakan satu lagi mercu jaya dalam perjalanan MAGGI® selama lebih daripada 50 tahun membekalkan khasiat pemakanan kepada seluruh rakyat Malaysia dan mengeratkan hubungan sesama insan menerusi sajian yang lazat.
Ia menyenangkan pengguna dengan mengurangkan masa memasak di dapur dan membolehkan lebih banyak masa diluangkan untuk mengabadikan detik indah menjamu selera bersama orang tersayang.
Siri MAGGI® pes perapan untuk penggoreng udara ini boleh didapati di semua pasar raya besar dan pasar raya utama di seluruh negara pada harga runcit RM4.90 setiap pek dengan saiz hidangan untuk enam orang.