Anwar jamin harga RON95 tidak naik

Iklan
Anwar (tengah) merasmikan Energy Asia 2025 di KLCC pada Isnin. Turut sama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik (kiri) dan Timbalan Pengerusi, S&P Global, Daniel Yergin (kanan). Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa tiada sebarang kenaikan harga petrol RON95 yang akan menjejaskan majoriti rakyat, susulan pelaksanaan langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan.

Beliau berkata, dakwaan kononnya subsidi bahan api akan dimansuhkan sepenuhnya adalah tidak tepat, sebaliknya penstrukturan semula subsidi dilakukan secara bersasar dan berfasa agar tidak membebankan rakyat terbanyak.

Iklan
Iklan

“Saya ingin mengulangi, tiada isu kenaikan RON95 yang menjejaskan 85 hingga 90 peratus rakyat kita. Itu sudah jelas,” katanya kepada media selepas menyampaikan ucaptama sempena Persidangan Energy Asia 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Isnin.

Anwar turut menyelar tindakan segelintir pihak yang menyebarkan naratif negatif berkaitan subsidi semata-mata untuk menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

Iklan

“Apa-apa pun yang dikatakan oleh pembangkang hanyalah satu gimik untuk menunjukkan kononnya rakyat sedang mengalami kesusahan,” ujarnya.

Tambah beliau, penjimatan hasil daripada rasionalisasi subsidi akan disalurkan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam seperti pendidikan, kesihatan dan bantuan kepada golongan rentan.

Iklan

“Kita ingin mempunyai sumber yang mencukupi untuk membantu orang miskin, meningkatkan kualiti pendidikan dan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik,” katanya.

Dalam masa sama, Perdana Menteri turut menegaskan bahawa kedudukan dan operasi Petronas kekal stabil biarpun dalam suasana geopolitik dan pasaran global yang tidak menentu.

Beliau berkata, keyakinan pelabur utama seperti TotalEnergies, Eni dan Aramco terhadap Petronas menjadi bukti kekuatan dan reputasi syarikat minyak nasional itu di peringkat antarabangsa.

“Malaysia adalah destinasi terakhir. Petugas dan pemimpin daripada Petronas, TotalEnergies, Electrical Instrumentation Engineering (E&I), dan Aramco kekal komited, tiada masalah,” katanya.

Anwar turut menyatakan bahawa Malaysia kini berada di landasan kukuh untuk muncul sebagai hab tenaga utama rantau Asia Tenggara menjelang akhir tahun ini, hasil dasar ekonomi yang konsisten serta kestabilan politik semasa.

“Alhamdulillah, keadaan ini menunjukkan keyakinan dan keupayaan kita untuk cepat meningkat sebagai hab tenaga dalam tahun ini,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata beberapa syarikat tenaga utama dunia termasuk E&I dari Itali dan Aramco dari Arab Saudi akan menandatangani perjanjian penting dengan Malaysia dalam masa terdekat.

“Keyakinan pelabur besar seperti E&I dan Aramco menunjukkan kepercayaan mereka terhadap keupayaan Petronas serta kestabilan pelaburan di Malaysia,” katanya.

Beliau menyifatkan perkembangan ini sebagai isyarat positif kepada pasaran global bahawa Malaysia kekal menjadi destinasi pelaburan yang diyakini, khususnya dalam sektor tenaga.

 

 

OSZAR »