Elon Musk lancar chatbot 'bijak luar biasa' Grok 3

Grok 3 dilancarkan untuk bersaing dengan chatbot popular sedia ada. Foto Agensi
Grok 3 dilancarkan untuk bersaing dengan chatbot popular sedia ada. Foto Agensi
A
A
A

SAN FRANCISCO – Syarikat kecerdasan buatan (AI) milik bilionair Amerika, Elon Musk pada Isnin melancarkan versi terbaharu chatbot, Grok 3 yang diharap dapat bersaing dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) sedia ada seperti ChatGPT dan DeepSeek dihasilkan China.

Pelancaran itu dibuat ketika 'orang kuat' Presiden Donald Trump itu diberi kuasa untuk menyusun semula dan membubarkan agensi persekutuan mengakibatkan kerugian yang besar.

"Grok direka untuk memahami alam semesta. Kita cuba memenuhi naluri ingin tahu manusia dengan menghasilkan AI yang boleh merungkai segala persoalan meskipun ia mungkin bertentangan dengan apa yang betul dan sebaliknya," ujar pemilik syarikat xAI itu lagi

Grok 3 yang digelar sebagai chatbot 'bijak luar biasa' mempunyai keupayaan penaakulan yang amat kuat dan dilatih mengenai data sintetik serta menggunakan mekanisme pembetulan diri bagi mengelakkan ralat, dikenali sebagai 'halusinasi' yang melanda beberapa chatbot AI. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!