Grab Malaysia melabur lebih RM10 juta demi Program GrabBenefits Rakan Grab

PETALING JAYA - Grab Malaysia hari ini mengumumkan pembaharuan penting bagi program GrabBenefits, mengukuhkan komitmennya terhadap kebajikan rakan-pemandu dan rakan-penghantarnya.
Program ini mula dilancarkan pada 2017 yang kemudiannya dipertingkatkan melibatkan pelaburan lebih daripada RM10 juta dan berkembang daripada tiga kepada hingga lima tonggak, mewujudkan sistem sokongan yang lebih holistik dan bersepadu.
Menurut Pengarah Urusan, Grab Malaysia, Adelene Foo, kami mengesahkan semula komitmen kami terhadap kebajikan rakan-pemandu dan rakan-penghantar melalui pembaharuan program GrabBenefits.
“GrabBenefits adalah program yang bertujuan untuk memastikan kebajikan rakan-pemandu dan rakan-penghantar kami ketika mereka bekerja untuk menjana pendapatan di Grab.
“Perubahan ini bertujuan untuk menggabungkan semua inisiatif di bawah satu pengurusan. Dengan ini, Kami akan melabur lebih daripada RM10 juta tahun ini untuk program tersebut pada tahun ini," katanya.
Faedah yang dipertingkatkan ini dirangka berdasarkan maklum balas yang dikumpulkan daripada rakan-pemandu dan rakan-penghantar Grab. Program GrabBenefits kini secara strategik mengintegrasikan penyelesaian kewangan sedia ada dan inisiatif komuniti, menunjukkan dedikasi Grab dalam menyokong rakannya lebih daripada sekadar menjana pendapatan.
Perubahan utama kepada program GrabBenefits
Pengembangan tonggak: Program ini berkembang daripada tiga kepada hingga lima tonggak dan merangkumi; Insurance, Takaful & Social Protection, Daily Deals, Academy, Gig Financial Solutions, dan Community.Inisiatif utama pada 2025: Kesinambungan fasilitasi dan penajaan separa PERKESO SPS Gig.
- - Peluang peningkatan kemahiran melalui kerjasama dengan badan kerajaan dan institusi pendidikan.
- - Pengubahan Grab Driver Centres untuk menjadi hab latihan dan komuniti.
- - Sokongan khusus untuk Rakan Grab wanita dan OKU.
Pengumuman peningkatan GrabBenefits 2.0 dibuat pada sambutan Hari Wanita Antarabangsa di mana lebih daripada 120 rakan-pemandu dan rakan-penghantar Grab wanita menikmati rundingan kecergasan dan kesejahteraan wanita secara percuma daripada beberapa rakan korporat Grab seperti Curves, Audiolab dan Joliewen.
Majlis tersebut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini Binti Ahmad.
Dr. Noraini dalam ucapannya memuji Grab atas usahanya menjadikan platformnya lebih inklusif untuk wanita dan sejak itu, Grab terus meningkatkan sokongannya dengan memperkukuh langkah keselamatan, memupuk komuniti yang menyokong, dan mewujudkan lebih banyak peluang untuk wanita berkembang maju dalam ekonomi gig.
“Saya juga gembira melihat pelaburan berterusan Grab dalam GrabBenefits untuk semua Rakan Grab, mengembangkannya lagi dengan tonggak baharu untuk memberikan sokongan yang lebih holistik. Komitmen berterusan ini menetapkan contoh yang kukuh bagaimana platform boleh memainkan peranan dalam memajukan keterangkuman.
“Ketika kita terus memacu kemajuan dalam ekonomi digital, kerjasama bermakna antara sektor awam dan swasta memainkan peranan yang amat penting. Melalui usaha kolektif, kita boleh mendorong perubahan yang berkekalan dan juga memperkasakan wanita dalam ekonomi,” katanya.
Memperkasakan wanita di platform
Program #SisBoleh oleh Grab Malaysia telah mencapai kejayaan yang ketara, ditandai dengan peningkatan 70 peratus dalam Rakan Grab wanita yang menyertai platform secara aktif sejak pelancaran program tersebut pada Mac 2023.
Perkembangan ini menunjukkan keberkesanan program ini dalam tonggak utamanya iaitu Safety, Onboarding & Training, dan Community, yang secara langsung mencerminkan komitmen kukuh Grab terhadap kesaksamaan gender dan pemerkasaan ekonomi wanita.

Peningkatan keselamatan, seperti ciri 'Women Passengers Preferred BETA' dan Audio Protect yang banyak diterima pakai, yang mencatat kadar penyertaan 70%, telah diterima dengan baik. Tambahan pula, penyediaan program latihan khusus yang memberi tumpuan kepada literasi kewangan dan pertahanan diri telah memberikan sokongan nyata kepada Rakan Grab wanita, serta menyumbang kepada persekitaran yang lebih selamat dan teguh.
Program GrabBenefits yang dipertingkatkan ini mencerminkan dedikasi Grab untuk terus memupuk komuniti yang berkembang maju dan menyediakan sokongan komprehensif untuk menghargai rakannya yang dihargai.
"Dengan perkembangan industri terkini, ini adalah masa yang tepat untuk kami memperbaharui program kami bagi memastikan faedah yang ditawarkan kepada komuniti Rakan Grab kami adalah bermakna dan relevan.
“Kami berharap faedah yang dipertingkatkan ini akan menawarkan pakej holistik untuk yang meliputi keperluan segera dan jangka masa panjang mereka," kata Adelene lagi
Untuk maklumat lanjut mengenai GrabBenefits, sila klik DI SINI.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!