Rakan-Pemandu dan Rakan-Penghantar Grab Malaysia kongsi kesyukuran

PETALING JAYA – Sempena Ramadan Raya, Grab Malaysia dengan bangganya memperkenalkan filem jenama terbarunya, ‘Kebaikan Dalam Setiap Pesanan’, iaitu satu sambutan penuh makna tentang kesyukuran dan kebaikan yang wujud dalam setiap penghantaran dan perjalanan.
Inisiatif berkenaan memaparkan kisah-kisah sebenar yang menyentuh hati daripada rakan-pemandu dan rakan-penghantar Grab, mengetengahkan impak bermakna di sebalik setiap pesanan – memberi mereka platform untuk berkongsi perkara yang paling mereka syukuri pada musim ini.
Pengarah Urusan Grab Malaysia, Adelene Foo, Ramadan dan raya adalah momen untuk bermuhasabah, berbudi dan bersatu.
“Melalui ‘Kebaikan Dalam Setiap Pesanan’, kami ingin meraikan kebaikan harian yang berlaku dalam komuniti kami sambil merakamkan penghargaan kepada rakan-pemandu dan rakan-penghantar atas dedikasi dan usaha mereka yang tidak mengenal penat lelah.
“Dengan kembalinya program Umrah Bersama Rakan Grab, kami berusaha membalas jasa dengan menawarkan peluang kepada rakan-rakan kami untuk mengecapi keberkatan menunaikan Umrah.
“Inisiatif ini menjunjung nilai inklusif dan aksesibiliti, mengiktiraf kepelbagaian impian dan aspirasi rakyat Malaysia," katanya.
Tonton kisah-kisah menyentuh hati itu di sini:
Kebaikan Dalam Setiap Pesanan: Kisah-Kisah Penuh Kesyukuran Rakan Grab

Kebaikan Dalam Setiap Pesanan: Hayatilah sisi tersembunyi Rakan Grab
Dengan membawakan kisah-kisah benar sepanjang musim perayaan ini, Grab Malaysia akan berkongsi cerita sebenar daripada rakan-pemandu dan rakan-penghantar—memaparkan bagaimana tingka laku baik yang kecil mampu memberi kesan berganda dalam komuniti mereka.

Kisah-kisah ini mendedahkan apa yang paling mereka syukuri pada Ramadan Raya ini, memberi gambaran tentang kehidupan mereka yang menjadikan perkhidmatan mereka.

Setiap naratif merakamkan semangat Ramadan dan Raya serta menonjolkan kesan berganda daripada perbuatan baik walaupun kecil, memupuk semangat kemasyarakatan dan hubungan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Umrah Bersama Rakan Grab
Bagi melengkapi siri ini, Grab Malaysia sekali lagi memperkenalkan Umrah Bersama Rakan Grab untuk rakan-rakan mereka.
Inisiatif ini memberi peluang kepada komuniti rakan-pemandu dan rakan-penghantar Grab berserta keluarga untuk memenangi pakej Umrah dengan hanya berkongsi kisah kesyukuran mereka yang penuh bermakna.
Bagi pemenang tahun lepas, Nor Fadzliana, seorang rakan-pemandu dari Kuala Lumpur, pengalaman ini mengubah hidupnya.
"Melihat Kaabah dengan mata sendiri adalah sesuatu yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ia adalah perkara yang tidak pernah saya bayangkan, tetapi Grab menjadikannya kenyataan.
“Setiap kali saya bercerita tentang perjalanan umrah saya, air mata saya bergenang. Ini lebih daripada sekadar ganjaran—ia adalah impian yang tercapai.
“Apatah lagi dapat berkongsi perjalanan suci ini bersama ibu menjadikannya lebih istimewa—ia benar-benar satu pengalaman yang mengagumkan," ujarnya.

Seorang lagi pemenang, juga rakan-pemandu, Muhammad Faizal dari Pulau Pinang berkongsi rasa bahawa kemenangan itu adalah satu rahmat yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
“Ketika saya melangkah masuk ke Masjidil Haram dan melihat Kaabah, hati saya dipenuhi kedamaian. Bagi saya menunaikan umrah bersama isteri bukan sekadar perjalanan, tetapi hadiah yang mendalamkan keimanan dan mengukuhkan ikatan kami.
“Saya juga dapat membawanya menziarahi kubur ayah saya di Makkah, menjadikan pengalaman ini lebih bermakna. Saya akan sentiasa menghargai perjalanan ini, dan saya bersyukur kepada Grab kerana menjadikannya kenyataan," kata beliau.

Melalui inisiatif-inisiatif berkenaan, Grab Malaysia berharap dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengenali impak perbuatan baik yang kecil dan membawa semangat kemurahan hati ini melewati musim perayaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!