DBKL serbu hotel haram warga asing, tiga diarah tutup serta-merta

Tiga premis ditutup serta-merta di bawah Akta Hotel (WPKL) 2003 - Foto Unit Media DBKL
Tiga premis ditutup serta-merta di bawah Akta Hotel (WPKL) 2003 - Foto Unit Media DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur beberapa premis hotel dikendalikan warga asing dalam operasi khas KL Strike Force, di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Susulan pemantauan selama hampir seminggu, dalam operasi pada malam tadi, DBKL mengenal pasti empat buah hotel beroperasi tanpa lesen sah dan dikendalikan individu bukan warganegara.

"Tiga daripadanya ditutup serta-merta di bawah Akta Hotel (WPKL) 2003, sementara premis lain dikenakan tindakan tegas.

DBKL mengenal pasti empat buah hotel beroperasi tanpa lesen sah dan dikendalikan individu bukan warganegara. - Foto Unit Media DBKL
DBKL mengenal pasti empat buah hotel beroperasi tanpa lesen sah dan dikendalikan individu bukan warganegara. - Foto Unit Media DBKL

"Ini termasuk Notis Pemberitahuan Tentang Kesalahan dan Notis Tawaran Kompaun di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016," ujar DBKL dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Ahad.

Serbuan DBKL ini membuktikan komitmen DBKL dalam memastikan premis perniagaan di ibu kota beroperasi secara sah serta mengekang penguasaan warga asing dalam sektor perhotelan tanpa kebenaran.

Keadaan dalam bilik hotel haram dikendalikan individu bukan warganegara - Foto Unit Media DBKL
Keadaan dalam bilik hotel haram dikendalikan individu bukan warganegara - Foto Unit Media DBKL

"Tindakan dan pemantauan akan diteruskan bagi memastikan tiada pihak yang sewenang-wenangnya melanggar undang-undang," tegas pihak berkuasa tempatan itu lagi.

Artikel Berkaitan:

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai premis mencurigakan boleh melaporkan kepada DBKL menerusi pautan https://adukl.dbkl.gov.my/.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!