Grab Malaysia dan rakan kongsi sebar semangat Ramadan, Raya

PETALING JAYA – Ketika Ramadan menghampiri penghujungnya dan Syawal semakin dekat, Grab Malaysia mengiktiraf dedikasi komuniti rakan pemandu dan penghantar yang telah memberikan impak positif kepada rakyat Malaysia. Dalam semangat bulan suci ini, Grab turut menghargai hubungan bermakna dan kebaikan yang terjalin sepanjang Ramadan.
Tahun ini, sambutan Grab Malaysia bertemakan Kebaikan Dalam Setiap Pesanan, menampilkan pelbagai inisiatif di bawah kempen #GrabBersamaMalaysia bagi menyemai semangat kebersamaan dan menyumbang kembali kepada masyarakat.
Program agihan bubur lambuk
Sebagai tanda keprihatinan di bulan Ramadan, pasukan Grab Malaysia bersama komuniti rakan pemandu dan penghantar telah memasak serta mengagihkan lebih 5,500 pek bubur lambuk kepada individu di seluruh negara.

Inisiatif ini dilaksanakan di 17 bandar utama, termasuk Lembah Klang, Johor Bahru, Negeri Sembilan, Batu Pahat, Kluang, Muar, Melaka, Sungai Petani, Alor Setar, Kuching, Bintulu, Miri, Sibu, Kota Kinabalu, Kuantan, Kota Bharu dan Kuala Terengganu.
Membantu anak-anak YIDE raikan Syawal
Di Lembah Klang, Grab dengan kerjasama GXBank dan komuniti rakan pemandu serta penghantarnya telah menyediakan bubur lambuk dan menganjurkan majlis iftar bersama rakan Grab, keluarga mereka serta anak-anak dari Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini dan dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS), anak-anak dari YIDE turut dibawa membeli baju raya baharu untuk Syawal. Selain itu, mereka juga menerima barangan keperluan harian daripada Jaya Grocer bagi meringankan beban kewangan menjelang perayaan
Komitmen Grab Malaysia untuk komuniti
Pengarah Operasi Negara dan Mobiliti Grab Malaysia, Rashid Shukor, berkata, sebagai jenama tempatan, mereka amat menghargai dedikasi rakan pemandu dan penghantar yang sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada komuniti.
“Melalui inisiatif seperti agihan bubur lambuk dan bantuan kepada anak-anak kurang berkemampuan dengan baju raya baharu serta keperluan harian, kami berharap dapat menyebarkan kegembiraan bukan hanya kepada rakan Grab tetapi juga masyarakat yang lebih luas.
“Usaha ini bukan sekadar tanda penghargaan, tetapi juga mencerminkan komitmen kami untuk terus menyokong rakan Grab di luar waktu kerja mereka, sambil mengeratkan hubungan bermakna dalam musim perayaan ini,” katanya.

Inisiatif-inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan Grab Malaysia dalam menyokong komuniti rakan pemandu dan penghantar, memupuk semangat kebersamaan, serta meraikan Ramadan dan Syawal dengan penuh kesyukuran dan kemurahan hati.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!