Pekerja restoran dikhuatiri lemas dihanyut arus deras ketika mandi di Pasir Puteri

Sepasukan anggota dari BBP Indera Mahkota ke lokasi untuk operasi SAR mangsa yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Pasir Puteri, Sungai Lembing di sini pada Rabu.
Sepasukan anggota dari BBP Indera Mahkota ke lokasi untuk operasi SAR mangsa yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Pasir Puteri, Sungai Lembing di sini pada Rabu.
A
A
A

KUANTAN - Pekerja restoran dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama rakan di Pasir Puteri, Sungai Lembing di sini pada Rabu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysian(JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian menimpa mangsa,Wan Izani Wan Mohd Samsudin,29, pada jam 5.54 petang.

Menurutnya, berdasarkan laporan, mangsa berasal dari Kelantan dan bekerja di sebuah restoran di Balok datang bersama tiga rakan ke pusat perkelahan itu untuk mandi-manda.

"Mangsa yang lemas dihanyutkan arus ketika mandi cuba diselamatkan rakan namun gagal.

"Susulan maklumat diterima, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan.Penyelamat (BBP) Indera Mahkota ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR)," katanya.

Zulfadli berkata, operasi SAR akan diteruskan pada Khamis dan setakat jam 9 pagi mangsa masih belum ditemui.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!