Asyraf Wajdi terharu, anak Mara sambut hari lahir

Suasana di Dewan Merdeka, WTC bertukar meriah dan penuh emosi apabila Asyraf Wajdi menerima kejutan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya daripada para pelajar MARA.
Suasana di Dewan Merdeka, WTC bertukar meriah dan penuh emosi apabila Asyraf Wajdi menerima kejutan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya daripada para pelajar MARA.
A
A
A

SHAH ALAM – Suasana di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) bertukar meriah dan penuh emosi apabila Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerima kejutan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya daripada para pelajar Mara.

Menerusi video yang dikongsikan di laman Facebook rasminya, tetamu yang hadir pada Majlis Konvokesyen Perdana Institusi Pendidikan Mara (IPMA) 2025 dilihat menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Jadi’ dengan penuh semangat, menggamatkan suasana dalam Dewan Merdeka.

Asyraf Wajdi dalam kenyataannya menzahirkan rasa terharu dan berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam kejutan tersebut.

“Terharu dan terima kasih saya kepada semua anak-anak Mara yang membuat kejutan menyanyikan lagu hari lahir dengan penuh semangat hingga gegak gempita Dewan Merdeka WTC.

“Jangan lupa pesanan saya semalam – walau setinggi mana kita menggapai bintang di langit, jangan sesekali lupa rumput tempat kita berpijak dan akar yang membentuk peribadi kita,” katanya.

Majlis Konvokesyen Perdana IPMA 2025 menyaksikan ribuan graduan dari institusi di bawah Mara diraikan dalam satu acara penuh gemilang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!