Janda hamil empat bulan dibunuh kejam kekasih sendiri

Alvaro membunuh Nurmaliza selepas terlibat pertengkaran dipercayai kerana cemburu. - Foto Agensi
Alvaro membunuh Nurmaliza selepas terlibat pertengkaran dipercayai kerana cemburu. - Foto Agensi
A
A
A

PALANGKARAYA - Penemuan mayat seorang janda yang dibuang di dalam parit menggemparkan penduduk setempat.

Jasad mangsa dikenali sebagai Nurmaliza, 29, dijumpai di pinggir Jalan Trans Kalimantan, Desa Garung, Kabupaten Pulang Pisau, Kalimantan Tengah di Indonesia pada akhir minggu lalu.

Paling mengejutkan mangsa disahkan sedang hamil dan kandungannya berusia empat bulan.

Mayatnya ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh penduduk setempat. - Foto Agensi
Mayatnya ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh penduduk setempat. - Foto Agensi

Pihak berkuasa mengesahkan pembunuhan kejam itu dilakukan teman lelakinya, Alvaro Jordan, 23.

Jurucakap polis, Kombes Pol Nuredy Irwansyah Putra berkata, siasatan awal mendapati motif pelaku membunuh kekasihnya kerana cemburu dan mungkin ada kaitan dengan kehamilannya.

"Mereka terlibat pertengkaran sebelum dia memukul dan mencekik mangsa hingga mati ketika insiden pada 11 Mei lalu.

"Alvaro kemudiannya membuang mayat Nurmaliza di parit dan melarikan diri ke Jawa Tengah. Jasad itu akhirnya ditemui penduduk setempat dalam keadaan menyayat hati sehari selepas itu," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, laporan autopsi menunjukkan terdapat kesan pukulan objek tumpul pada kepala mangsa selain lebam pada leher.

Difahamkan, Nurmaliza yang kembali solo beberapa bulan lalu pernah berkahwin dengan lelaki dikenali sebagai R dan mempunyai dua anak. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!