Kes buangan haram di Port Dickson, bekas pegawai JAS antara didakwa
29 Mei 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Dua individu termasuk seorang bekas Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan serta sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada Khamis atas pertuduhan meletakkan buangan bahan kimia, iaitu buangan pelarut organik bukan terhalogen, secara haram di Port Dickson, tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Orang Kena Saman (OKS), bekas Timbalan Pengarah JAS Negeri Sembilan, S Sivanathiran 62, Chan Kwai Soon, 47, dan syarikat Nature Energy Products Sdn Bhd bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam selepas pertuduhan dibacakan.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #buanganharam #Seremban