[VIDEO] Nahas pelajar UPSI: Mangsa merangkak keluar dalam gelap

A
A
A

GERIK - Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam nahas bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) awal pagi Isnin terpaksa merangkak keluar dalam keadaan gelap untuk menyelamatkan diri.

Seorang mangsa yang terselamat, Nur Irdina Yamin Huri, 22, berkata, sebelum kejadian ada beberapa penumpang yang tidak tidur.

Menurutnya, tidak lama selepas itu dia tercium bau hangit dan kemudian bas terbalik.

Keadaan di dalam bas persiaran yang terlibat nahas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi Isnin. (Gamabr kecil: Nur Irdina)
Keadaan di dalam bas persiaran yang terlibat nahas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi Isnin. (Gamabr kecil: Nur Irdina)

"Mula-mula saya ada tercium macam bau hangit lepas itu bas terhuyung-hayang sebelum jatuh.

"Dalam keadaan gelap saya cari jalan keluar dari bas. Ada juga dengar kawan-kawan menjerit," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Gerik di sini pada Isnin.

Nur Irdina yang mengalami kecederaan pinggang dan kaki berkata, keadaan ketika itu sukar untuk digambarkan kerana keadaan gelap.

Dia turut terkejut apabila dimaklumkan ada rakan-rakannya yang meninggal dunia dalam insiden tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!