Siasatan kes kemalangan bas bawa pelajar UPSI masih di peringkat awal - Polis

Ayob Khan
Ayob Khan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Siasatan kes kemalangan membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan sebuah Perodua Alza, yang mengorbankan 15 mangsa di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak, pada Isnin, masih di peringkat awal.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan kes kemalangan tersebut masih berjalan.

“Biar siasatan berjalan dan selepas ini kita akan umumkan hasil siasatan, masih terlalu awal lagi,” katanya.

Ayob Khan berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-41 Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa) di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, pada Selasa.

Pada Isnin, media melaporkan bahawa PDRM akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat kemalangan berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dilaporkan berkata bahawa PDRM, dengan kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Pengangkutan Awam Darat dan pihak berkaitan, akan menyiasat nahas itu secara menyeluruh.

Polis akan melengkapkan kertas siasatan secepat mungkin untuk mendakwa pemandu bas tersebut di mahkamah.

Seramai 15 penuntut UPSI meninggal dunia manakala tujuh lagi mengalami kecederaan parah selepas bas yang dinaiki mereka terbalik dalam kemalangan pada jam 1.15 pagi.

Artikel Berkaitan:

Bas itu dipercayai dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu dan dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar Perodua Alza serta terbabas.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!