Sakirah ditemui lemas, jasad terapung selepas tiga hari

Mayat mangsa ditemui terapung oleh orang awam kira-kira jam 8 pagi.
Foto ihsan PDRM
Mayat mangsa ditemui terapung oleh orang awam kira-kira jam 8 pagi. Foto ihsan PDRM
A
A
A

BERA – Seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu selepas kereta yang dinaiki bersama anaknya terjunam ke dalam Sungai Triang berhampiran Pasar Ayam Kerayong di sini, ditemui lemas pada pagi Rabu.

Mangsa, Sakirah Akop, 31, ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam yang sedang berjoging pada jarak kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi kejadian, sekitar jam 8 pagi.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan mayat itu pada jam 8.12 pagi.

Menurutnya, pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang melibatkan pelbagai agensi segera bergerak ke lokasi penemuan dan tiba pada jam 8.40 pagi.

Suami mangsa ditenteramkan selepas mangsa ditemui. Foto ihsan PDRM
Suami mangsa ditenteramkan selepas mangsa ditemui. Foto ihsan PDRM

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke jeti dan diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Unit Forensik Hospital Bera bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau memaklumkan, operasi hari ketiga yang melibatkan seramai 92 anggota daripada pelbagai agensi ditamatkan secara rasmi pada jam 9.30 pagi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari Isnin, mangsa sempat menyerahkan anak perempuannya yang berusia setahun empat bulan kepada suaminya, Abdul Wahid Randa, 32, yang juga anggota tentera, sebelum dihanyutkan oleh arus deras sungai.

Artikel Berkaitan:

Mayat mangsa dibawa ke jeti dan diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Unit Forensik Hospital Bera bagi tindakan lanjut. Foto ihsan PDRM
Mayat mangsa dibawa ke jeti dan diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Unit Forensik Hospital Bera bagi tindakan lanjut. Foto ihsan PDRM

Sebelum itu, mangsa bersama anaknya berada di dalam kereta jenis Perodua Bezza yang berada kira-kira lapan meter dari lokasi suaminya sedang memancing.

Menurut Zulkiflee, siasatan awal mendapati gear kereta berada dalam kedudukan ‘drive’, dipercayai tertolak secara tidak sengaja, menyebabkan ia bergerak sendiri dan terjunam ke dalam sungai.

Kereta tersebut berjaya dinaikkan kira-kira jam 12.30 tengah hari pada Selasa.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!