APAD akan bangunkan pengkalan data pemandu pengangkutan awam

Menteri Pengangkutan Anthony Loke (tengah) ketika sidang media di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPTAR) Angkasapuri Kota Media pada Rabu. Foto Bernama
Menteri Pengangkutan Anthony Loke (tengah) ketika sidang media di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPTAR) Angkasapuri Kota Media pada Rabu. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MOT) akan membangunkan satu sistem pangkalan data melibatkan semua pemandu pengangkutan awam termasuk bas ekspres dan persiaran.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pangkalan data tersebut akan dibina oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi memudahkan pihak berkuasa menyemak rekod lampau pemandu bermasalah, sekali gus menyenarai hitam mereka daripada terus mengoperasikan kenderaan awam.

"Sekarang ini memang belum ada satu pangkalan data yang merangkumi semua pemandu-pemandu dan kita hanya ada pelesenan.

"Sama ada mereka ada rekod (kesalahan) atau tidak, syarikat-syarikat yang mengambil mereka sebagai pemandu, tidak ada rujukan," katanya ketika sidang akhbar di Angkasapuri pada Rabu.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Anthony memaklumkan bahawa laporan awal mengenai insiden maut yang melibatkan sembilan anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan akan didedahkan kepada umum esok.

Laporan tersebut, katanya, boleh diakses melalui laman web rasmi Kementerian Pengangkutan dan akan merangkumi penemuan teknikal daripada Puspakom dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Beliau berkata, penemuan awal telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada Rabu, namun laporan penuh masih belum siap sepenuhnya.

“Kita akan dedahkan laporan awal kepada umum dan ia akan dimuat naik ke laman web Kementerian Pengangkutan. Ini adalah laporan awal, bukan laporan penuh.

Artikel Berkaitan:

“Terdapat beberapa laporan teknikal daripada Puspakom dan JPJ yang disertakan. Tujuannya adalah untuk membolehkan orang awam memahami fakta dan memberi akses kepada penyelidik terhadap data berkaitan isu keselamatan jalan raya, yang akhirnya menyumbang ke arah penambahbaikan keseluruhan landskap keselamatan jalan raya,” ujarnya.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!