Pergerakan pulang kumpulan pertama jemaah haji Malaysia berjalan lancar

Kesemua jemaah KT001 akan menaiki pesawat MH8050 pada jam 5.40 pagi waktu tempatan, hari ini dan tiba di KLIA, Sepang jam 8.10 malam hari. Foto TH
Kesemua jemaah KT001 akan menaiki pesawat MH8050 pada jam 5.40 pagi waktu tempatan, hari ini dan tiba di KLIA, Sepang jam 8.10 malam hari. Foto TH
A
A
A

MAKKAH - Pergerakan pulang kumpulan pertama jemaah haji Malaysia (KT001) ke tanah air melibatkan 277 orang dari bangunan penginapan Abraj Al Janadriyah ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah berjalan lancar.

Kesemua jemaah KT001 berkenaan akan menaiki pesawat MH8050 pada 5.40 pagi waktu tempatan, hari ini (Sabtu) dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang jam 8.10 malam hari sama waktu Malaysia.

Pelepasan enam bas itu disempurnakan Ketua Rombongan Haji, Mohd Hisham Harun di pekarangan hotel penginapan Abraj Al Janadriyah pada jam 9.50 malam tadi.

Terdahulu, kumpulan ini tiba di Madinah pada 29 April dan telah berada kira-kira 48 hari di Tanah Suci untuk melaksanakan umrah wajib sebelum selesai melaksanakan ibadah haji minggu lepas.

Sebanyak 31,600 jemaah haji Malaysia dijangka pulang ke tanah air secara berperingkat melalui Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz dan Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz, Madinah dengan menaiki pesawat AMAL by Malaysia Airlines dan Saudia Airlines.

Penerbangan terakhir kumpulan jemaah haji Malaysia dijadualkan berlepas dari Madinah pada 10 Julai, 10.40 pagi waktu tempatan dan mendarat di KLIA pada 12.35 tengah malam (11 Julai). - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!