Salahkah kalau isteri tidak memasak?

Zaman sekarang, ramai isteri keluar pagi balik petang, cari rezeki macam suami juga. Penatnya pun lebih kurang, kadang-kadang lebih lagi. Gambar hiasan
Zaman sekarang, ramai isteri keluar pagi balik petang, cari rezeki macam suami juga. Penatnya pun lebih kurang, kadang-kadang lebih lagi. Gambar hiasan
A
A
A

ENTAH kenapa isu isteri tak masak masih jadi bahan pertikaian. Mungkin bagi sesetengah suami, kalau balik kerja tak nampak periuk berasap, terus rasa macam dunia tak adil.

Tapi salahkah jika isteri tak masak di rumah? Merak Jalanan bukan nak bela kaum isteri membuta tuli tapi kita kena jujur.

Zaman sekarang, ramai isteri keluar pagi balik petang, cari rezeki macam suami juga. Penatnya pun lebih kurang, kadang-kadang lebih lagi.

Jadi, kalau sesekali isteri tak sempat masak, tak sempat siang ikan atau tak sempat singgah pasar, adakah itu satu dosa besar? Mustahil seorang isteri sengaja tak mahu masak tanpa sebab.

Lagipun sekarang bukan macam zaman nenek moyang kita dahulu. Makanan semua di hujung jari. GrabFood, ShopeeFood, Foodpanda, pilih saja ikut selera. Takkanlah dengan dunia semaju ini, satu-satunya sumber makanan masih nak bergantung pada tangan isteri di dapur?

Realitinya, isteri bukan tukang masak yang diupah. Mereka ialah pasangan hidup, tempat berkongsi susah senang. Kalau sama-sama penat, kenapa tidak sama-sama bertolak ansur?

Merak Jalanan percaya ramai suami sebenarnya tak kisah pun makan bungkus asalkan ada komunikasi dan kasih sayang. Yang jadi isu bila ada yang terlalu selesa menuntut tapi lupa menghargai.

Kalau sayang isteri, cubalah faham. Mungkin hari ini dia tak sempat masak tapi esok dia buatkan teh tarik paling sedap di dunia. Yang penting, jangan cepat menghukum.

Artikel Berkaitan:

Sebab rumah tangga bukan medan siapa buat lebih, siapa buat kurang tapi medan saling melengkapi. Lagipun, bukan makanan sahaja yang jadi bukti kasih sayang.

Ada isteri yang lebih pentingkan masa bersama — duduk makan sama-sama walaupun cuma nasi bungkus, daripada masak beria-ia tapi makan asing-asing sambil tengok telefon. Apa guna lauk tiga jenis kalau tiada bicara mesra di meja makan?

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!