[VIDEO] Empat polis direman minta, terima suapan selesai kes tunang berdua-duaan dalam kereta
MELAKA - [DIKEMAS KINI] Empat anggota polis termasuk seorang polis sukarelawan direman selama lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM2,000 sebagai balasan supaya pengadu tidak dikenakan tindakan atas kesalahan kononnya berdua-duaan di dalam kenderaan.
Perintah reman terhadap individu masing-masing berusia 26 hingga 40 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman sehingga Sabtu ini selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka di sini, pada Selasa.
Terdahulu, kesemua mereka ditahan ketika diarahkan menghadiri pengecaman suspek di Pejabat SPRM Melaka antara jam 3.50 hingga 4 petang pada Isnin lalu.

Sumber berkata, kesemua suspek termasuk tiga daripada suspek adalah dua anggota polis berpangkat koperal berusia 33 dan 36 tahun serta konstabel berusia 26 tahun serta anggota sukarelawan polis berpangkat koperal berusia 40 tahun dipercayai telah menahan pengadu yang ketika itu sedang berdua-duaan dalam sebuah kenderaan di parkir Jalan Melaka Mall.
"Pengadu yang merupakan pasangan tunang itu kemudian dibawa ke balai polis.
"Ketika di balai polis mereka dipercayai meminta suapan berjumlah RM4,000 namun mangsa hanya dapat memberikan wang tunai sebanyak RM2,000," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat di bawah seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
Suspek lelaki masing-masing berusia 26 sehingga 40 tahun direman selama lima (5) hari sehingga 28 Jun 2025 yang dikeluarkan oleh Majistret Sharda Shienha Binti Mohd Suleiman selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh pagi tadi.
Menurut sumber, keempat-empat suspek telah ditahan antara jam 3.50 hingga 4.00 petang pada Isnin (23 Jun 2025) ketika diarahkan menghadiri pengecaman suspek di Pejabat SPRM Melaka.
Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!