Rakyat Malaysia perlu ambil tahu isu perang di Gaza, Iran

Iran melancarkan gelombang serangan misil kelima ke atas Beersheba di selatan Israel sebelum gencatan senjata sebelah pihak itu berkuat kuasa pada Selasa. Foto AFP
Iran melancarkan gelombang serangan misil kelima ke atas Beersheba di selatan Israel sebelum gencatan senjata sebelah pihak itu berkuat kuasa pada Selasa. Foto AFP
A
A
A

MERAK Jalanan paling tak minat bila tengok rakyat kita lebih tahu kisah percintaan selebriti daripada krisis dunia yang sedang bergolak.

Merak Jalanan teringat satu ketika, ramai kecoh hal ‘breakup’ selebriti TikTok, tapi bila ditanya pasal konflik Iran-Israel, terus senyap.

Bukan sebab takut, tapi sebab tak tahu. Langsung tak ambil tahu.

Sedangkan dunia sekarang makin kecil. Apa yang berlaku di Iran, Gaza, atau Ukraine bukan lagi isu jauh dari dapur kita.

Harga minyak naik, ekonomi global goyah, malah keselamatan rantau kita pun boleh terjejas.

Tapi masih ramai yang lebih suka tahu siapa pakai baju siapa di karpet merah.

Merak Jalanan suka bila ada anak muda mula buka mata, kongsi infografik, buat ulasan ringkas di media sosial tentang apa yang berlaku di Asia Barat.

Walau ringkas, sekurangnya ada usaha untuk celikkan masyarakat.

Artikel Berkaitan:

Isu perang di Iran, khususnya serangan balas terhadap Israel atau pengaruh kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Rusia, bukan isu kecil.

Ia berkait dengan geopolitik, bekalan minyak dunia, malah boleh mencetuskan perang lebih besar kalau tidak ditangani.

Merak Jalanan ingin berpesan kalau kita boleh habiskan masa sejam sehari layan konten hiburan, tak salah luang lima minit baca berita antarabangsa.

Tak semestinya kena jadi pakar geopolitik, tapi sekurangnya tahu apa yang berlaku, faham kesan kepada negara dan generasi akan datang.

Zaman sekarang, jadi rakyat berilmu itu satu bentuk pertahanan.

Jangan tunggu negara kita bergolak baru nak peduli dunia. Bila kita faham isu global, kita lebih matang menilai, lebih bijak bersuara.

Merak Jalanan percaya, rakyat yang peka adalah rakyat yang kuat.

Jadi jangan hanya jadi penonton jadilah yang ambil tahu.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!