Amaran ribut petir di empat negeri hingga 12 tengah hari

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri hingga jam 12 tengah hari ini. Gambar hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri hingga jam 12 tengah hari ini. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri hingga jam 12 tengah hari ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran itu melibatkan kawasan Hulu Langat di Selangor, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin), serta di Melaka.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Johor membabitkan kawasan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, dan Pontian. - Bernama

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!