Mayat lelaki dewasa ditemukan terapung di Taman Tasik Danau Kota

Mayat lelaki dewasa yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan terapung di tengah-tengah tasik di Taman Tasik Danau Kota, di sini pagi Sabtu. Foto JBPM KL
Mayat lelaki dewasa yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan terapung di tengah-tengah tasik di Taman Tasik Danau Kota, di sini pagi Sabtu. Foto JBPM KL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mayat lelaki dewasa yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan terapung di tengah-tengah tasik di Taman Tasik Danau Kota, di sini pagi Sabtu.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan itu pada jam 8.16 pagi sebelum mengarahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak ke lokasi kejadian.

Komander Operasi Zulkefri Abdul Malik berkata, sepasukan tujuh anggota bersama jentera Fire Rescue Tender digerakkan ke lokasi.

"Sebaik tiba, pasukan mendapati satu mayat lelaki dewasa terapung di tengah tasik. Anggota operasi menggunakan tali dan pengusung (stretcher) untuk membawa mayat ke tebing,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mayat berkenaan berjaya dibawa naik kira-kira 40 minit kemudian pada jam 8.56 pagi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!