Kenapa tak letak jawatan serta-merta?

Iklan
Harapnya selepas menteri bercuti, negara tak berdepan dengan masalah.

MERAK Jalanan hairan juga bila terbaca berita dua menteri nak letak jawatan... tapi bukan terus letak, tetapi mereka hendak bercuti dulu.

Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad, dua nama besar dalam Kabinet, umum nak berundur. Tapi bukan serta-merta. Ada baki cuti, katanya. Nak habiskan dulu.

Iklan
Iklan

Merak faham, cuti itu hak individu - siapa tak suka bercuti kan? Tapi bila kamu masih bergelar menteri dan pegang portfolio penting seperti Kementerian Ekonomi serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, rakyat pun terfikir..."Eh, siapa pula yang jaga ekonomi negara masa kini?”

Peguam dan tokoh politik pun dah bersuara. Kata mereka, menteri bukan penjawat awam biasa. Tak perlu ikut prosedur isi borang cuti dan tunggu kelulusan HR. Bila nak letak jawatan, letak sajalah. Tak payah tunggu kalendar kosong.

Iklan

Namun Merak tak berminat nak menghakimi. Mungkin mereka perlukan masa untuk ‘cooling off’ atau nak kemas fail-fail lama sebelum tinggalkan pejabat. Kita manusia, bukan robot.

Cuma, Merak harap jangan pula cuti ini jadi semacam 'buffer zone' politik. Cuba-cuba mencari ruang 'test market', kalau-kalau PM sudi untuk memujuk dan mereka boleh kembali berubah fikiran. Rakyat perlukan kepastian, bukan teka-teki membingungkan.

Iklan

Peletakan jawatan mereka ada baik dan buruknya. Baiknya, ini tanda pemimpin tahu bila nak berundur bila mandat parti tak lagi bersama mereka. Itu satu kematangan politik yang jarang-jarang berlaku.

Negatifnya, bila kerusi itu kosong tanpa pengganti, kita tertanya-tanya: adakah peranan kementerian itu sudah tidak sepenting dulu?

Merak percaya, negara ini macam rumah besar. Kalau ada dua bilik utama kosong dan belum ditentukan siapa jaga, takkan rakyat tak terasa sunyinya?

Harapnya selepas mereka bercuti, negara tak berdepan dengan masalah.

OSZAR »