Lelaki didakwa menyamar polis, rogol wanita dalam bas

Seorang lelaki yang didakwa merogol wanita berusia 26 tahun di dalam bas di sebuah stesen pengangkutan berkenaan telah ditahan di Shirur Tehsil, India pada Jumaat. Foto hiasan
Seorang lelaki yang didakwa merogol wanita berusia 26 tahun di dalam bas di sebuah stesen pengangkutan berkenaan telah ditahan di Shirur Tehsil, India pada Jumaat. Foto hiasan
A
A
A

PUNE - Seorang lelaki yang didakwa merogol wanita berusia 26 tahun di dalam bas di sebuah stesen pengangkutan berkenaan telah ditahan di Shirur Tehsil, India pada Jumaat.

Memetik laporan NDTV, sumber memaklumkan lelaki dikenali sebagai Dattatray Gade itu didakwa telah menyamar sebagai anggota polis selama beberapa bulan sebelum melakukan jenayah tersebut.

Lelaki berusia 37 tahun itu telah ditahan oleh polis pada Jumaat malam di Shirur Tehsil, Maharashtra, India.

Mangsa mendakwa kejadian itu berlaku pada awal pagi Selasa di dalam bas pengangkutan negeri di stesen bas Swargate, yang merupakan salah satu gudang bas terbesar Perbadanan Pengangkutan Jalan Negeri Maharashtra (MSRTC) di Pune, India.

Dattatray
Dattatray

Dattatray dikaitkan dalam beberapa kes seperti mencuri, samun dan ragut sekitar daerah Pune serta Ahilyanagar.

Dia telah diikat jamin sejak 2019 dalam salah satu kesalahan.

Sebanyak tiga belas pasukan polis dikerahkan di pelbagai lokasi seluruh negeri bagi menangkap tertuduh.

Artikel Berkaitan:

Polis juga telah mengerahkan anjing pengesan dan dron dalam operasi mencari di kawasan tanaman tebu yang terletak di Shirur Tehsil di daerah Pune, India pada Khamis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!