66,825 aduan konflik manusia dan hidupan liar sejak 2020

Nik Nazmi (tiga dari kiri) dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon (tiga dari kanan) bergambar bersama selepas menyempurnakan gimik Pelancaran Khas Konflik Manusia-Gajah dan Sesi Dialog Bersama Menteri Kementerian Sumber Asli dan Kelastarian Alam (NRES) di Bangunan Dato Jaafar Muhammad pada Selasa. Turut hadir Penasihat Ekonomi Negeri Johor, Datuk Hasni Mohammad (dua dari kanan). Foto Bernama
Nik Nazmi (tiga dari kiri) dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon (tiga dari kanan) bergambar bersama selepas menyempurnakan gimik Pelancaran Khas Konflik Manusia-Gajah dan Sesi Dialog Bersama Menteri Kementerian Sumber Asli dan Kelastarian Alam (NRES) di Bangunan Dato Jaafar Muhammad pada Selasa. Turut hadir Penasihat Ekonomi Negeri Johor, Datuk Hasni Mohammad (dua dari kanan). Foto Bernama
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Sebanyak 66,825 aduan berkaitan konflik manusia dengan hidupan liar direkodkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi tempoh 2020 hingga 2024.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sepanjang tempoh itu, kerugian dianggarkan mencecah RM46.5 juta akibat konflik melibatkan haiwan liar seperti kera, gajah, babi hutan, harimau Malaya dan tapir.

Katanya, Johor mencatatkan 7,996 aduan dengan jumlah kerugian sebanyak RM6.88 juta, menjadikannya antara negeri paling terkesan dengan isu tersebut.

“Kita perlukan tindakan bersepadu yang melibatkan semua pihak. Pendekatan yang lebih tuntas dan berkesan perlu dilaksanakan memandangkan konflik ini semakin mendesak, terutamanya yang membabitkan gajah kerana ia boleh mengancam harta benda dan nyawa manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pelancaran Jawatankuasa Khas Konflik Manusia-Gajah di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, pada Selasa.

Menurut beliau, antara langkah yang diambil termasuk menubuhkan santuari gajah di Kota Tinggi, melaksanakan program pemantauan pergerakan gajah menggunakan kolar satelit, serta inisiatif bantuan kerugian harta benda dan tanaman akibat serangan haiwan liar dengan peruntukan sebanyak RM10 juta tahun lalu.

Selain itu, katanya, sebanyak 21 bank makanan turut dirancang sebagai sumber makanan gajah, hasil kerjasama dengan kerajaan negeri dan syarikat perladangan.

Sebelum itu, pada 17 Mei, seekor gajah betina di Kota Tinggi berjaya dipindahkan ke habitat lebih selamat dengan bantuan gajah denak Abot dan Rambai menerusi operasi yang dijalankan Perhilitan.

Artikel Berkaitan:

Pada 13 Mei, sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka merempuh sekumpulan gajah di Kilometer 50, Jalan Johor Bahru-Mersing, Kota Tinggi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.20 malam ketika pasangan berusia 40 dan 38 tahun itu sedang dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke Mersing menaiki sebuah Perodua Alza.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!