Mayat nelayan ditemui setelah tiga hari hilang di laut

Mayat lelaki tempatan itu dijumpai kira-kira jam 8.35 pagi oleh sekumpulan nelayan yang turut membantu operasi pencarian.
Mayat lelaki tempatan itu dijumpai kira-kira jam 8.35 pagi oleh sekumpulan nelayan yang turut membantu operasi pencarian.
A
A
A

PELABUHAN KLANG – Misteri kehilangan seorang nelayan yang hilang di laut sejak tiga hari lalu terungkai apabila mayatnya ditemui di perairan sekitar Kapar pada Selasa.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, dalam kejadian 17 Mei lalu, mangsa dilaporkan hilang selepas bot fiber yang dinaikinya bersama dua rakan lain dilanggar sebuah bot pukat tunda di perairan Klang.

Menurutnya, susulan itu, satu operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) dilancarkan pada Sabtu bagi mencari mangsa.

“Mayat lelaki tempatan itu dijumpai kira-kira jam 8.35 pagi oleh sekumpulan nelayan yang turut membantu dalam operasi pencarian.

Mayat ditemui dalam keadaan terapung pada jarak 4.6 batu nautika dari perairan Hydro Kapar.
Mayat ditemui dalam keadaan terapung pada jarak 4.6 batu nautika dari perairan Hydro Kapar.

“Mayat ditemui dalam keadaan terapung pada jarak 4.6 batu nautika dari perairan Hydro Kapar dan dibawa ke Jeti Nelayan Sementa sekitar jam 10.05 pagi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, dua lagi rakan mangsa yang terselamat dalam insiden sama sebelum ini telah dibawa ke Jeti Maritim Negeri Selangor.

“Kedua-dua individu terbabit dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk rawatan akibat kecederaan dan keletihan.

Artikel Berkaitan:

“Komuniti nelayan serta individu yang menjalankan aktiviti di laut diingatkan sentiasa mengutamakan keselamatan termasuk pemakaian jaket keselamatan ketika berada di atas bot,” katanya.

Tambahnya, Maritim Malaysia meminta orang awam segera menyalurkan maklumat sekiranya berlaku sebarang kecemasan, kejadian jenayah atau aktiviti mencurigakan di laut menerusi talian 999 atau terus ke Pusat Operasi Maritim Malaysia yang berhampiran.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!