Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Dua beranak tawar khidmat proses dokumen palsu diberkas

A
A
A

Sindiket pemalsuan dokumen yang berselindung di sebalik sebuah kedai menjual jam dan studio foto terbongkar selepas dua beranak ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di premis berkenaan di Chow Kit Kuala Lumpur, pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.

Pengarah JIM Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, Operasi Serkap itu dijalankan hasil risikan selama sebulan oleh 15 anggota dan pegawai imigresen dari Unit Perisikan dan Sektor Operasi, Bahagian Penguatkuasa JIM Kuala Lumpur.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/729752/berita/semasa/dua-beranak-tawar-khidmat-proses-dokumen-palsu-diberkas

#SinarHarian #BeritaSemasa #JIM #dokumenpalsu #KualaLumpur

OSZAR »