Dilayan tanpa adab punca Rafizi tak rasmikan Kongres AMK, Wanita PKR
23 Mei 2025 |
Berita Semasa Video
A
A
A
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli menjelaskan keengganannya hadir merasmikan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita pada Khamis berpunca daripada tindakan tidak beradab dua sayap itu yang didakwa mengetepikan prosedur serta struktur parti, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan.
Menurut beliau, tindakan penganjur yang melanggar hierarki kepimpinan parti tidak sewajarnya disambut dengan kehadirannya, apatah lagi beliau merupakan antara pimpinan tertinggi yang seharusnya dirujuk terlebih dahulu.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PKR #RafiziRamli #JohorBahru #AMK #WanitaPKR #PemilihanPKR #KongresPKR