Pearly- Thinaah teruskan rentak cemerlang di Malaysia Masters

Pearly -Thinaah melangkah bergaya ke separuh akhir Malaysia Masters. Foto Badminton Association Malaysia
Pearly -Thinaah melangkah bergaya ke separuh akhir Malaysia Masters. Foto Badminton Association Malaysia
A
A
A

PASANGAN beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, meneruskan rentak cemerlang apabila melangkah bergaya ke separuh akhir Malaysia Masters selepas menumpaskan lawan dari Indonesia, Febriana Kusuma-Amallia Cahaya, dalam masa 34 minit pada Jumaat.

Pearly-Thinaah, yang baru sahaja merangkul kejuaraan Terbuka Thailand minggu lalu, tidak berdepan masalah menewaskan pasangan Indonesia itu 21-14, 21-14 di Arena Axiata, Bukit Jalil.

Namun begitu, cabaran lebih getir menanti Pearly-Thinaah apabila dijadualkan bertemu juara Olimpik dari China, Jia Yifan, yang kini bergandingan dengan rakan baharunya, Zhang Shuxian, bagi merebut tempat ke perlawanan akhir.

"Selepas kami menjuarai Terbuka Thailand, kami memulakan kempen Malaysia Masters dengan kosong.

"Kami mengambil satu perlawanan ke satu perlawanan di sini dan tekad memberikan aksi terbaik untuk perlawanan esok.

"Kami akan berbincang dengan jurulatih mengenai corak permainan dalam gelanggang," kata Thinaah yang mengakui mereka teruja bermain di hadapan penyokong sendiri.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!