Pusat beli-belah di Melbourne dikepung susulan insiden tikaman

SYDNEY - Sebuah pusat beli-belah di Melbourne, Australia ditutup sementara polis menyiasat laporan mengenai kejadian tikaman pada Ahad, lapor Xinhua
Jurucakap polis negeri Victoria berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan melibatkan beberapa individu di Pusat Beli-Belah Northland di Melbourne.
"Pusat membeli-belah itu dikunci sementara insiden berlangsung,” kata jurucakap itu.
Saksi mendakwa melihat beberapa individu bersenjatakan pisau di kawasan berkenaan, menyebabkan pelanggan panik dan bersembunyi di dalam kedai sementara polis mengepung lokasi kejadian.
Jurucakap Ambulans Victoria memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya seorang mangsa sedang menerima rawatan kerana kecederaan. - Bernama-Xinhua
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!