HONOR Pad 10 baru dilancarkan, dari jenama tablet paling laris di Malaysia

No Image Caption
A
A
A

HONOR terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran tablet tempatan apabila diumumkan sebagai jenama tablet Android nombor satu paling laris di Malaysia selama 12 bulan berturut-turut – dari April 2024 hingga Mac 2025.

Pencapaian ini bukan sesuatu yang mengejutkan, kerana HONOR sentiasa hadir dengan produk yang memenuhi keperluan pengguna moden – dari segi hiburan, pembelajaran hinggalah ke produktiviti.

No Image Caption



Terbaru, HONOR memperkenalkan HONOR Pad 10, sebuah tablet berskrin besar dengan prestasi seimbang, paparan menawan dan bateri tahan lama dan ditawarkan pada harga mesra pengguna.

Dengan harga jualan RM1,499, HONOR Pad 10 tampil sebagai antara tablet Android paling berbaloi dalam kelasnya, apatah lagi ia turut didatangkan bersama papan kekunci pintar, stylus dan fon kepala ANC secara percuma.

No Image Caption



Paparan 2.5K besar dan imersif

HONOR Pad 10 hadir dengan paparan bersaiz 12.1 inci menggunakan panel TFT LCD beresolusi 2.5K, menyokong kadar segar semula 120Hz. Ia turut menawarkan gamut warna luas meliputi 96% NTSC, 133 peratus sRGB dan mampu memaparkan sehingga 1.07 bilion warna, menjadikan visual pada skrin lebih hidup, tajam dan sesuai untuk pelbagai kandungan multimedia.

Artikel Berkaitan:

Dengan teknologi AI Ultra Picture Engine, paparan ini juga dioptimumkan secara pintar mengikut jenis kandungan; sama ada anda menonton video, menyemak dokumen atau bermain permainan.

Menariknya, paparan tablet ini juga mempunyai AI Dynamic Display yang mampu melaras kecerahan dari serendah 0.1 nit hingga 500 nit, sesuai digunakan dalam pelbagai keadaan pencahayaan, termasuk waktu malam.

Jika dibandingkan dengan pesaing dalam kategori harga yang hampir sama, HONOR Pad 10 menawarkan paparan lebih besar, lebih berwarna dan nisbah skrin ke badan yang lebih tinggi. Ini menjadikannya antara pilihan terbaik untuk pengguna yang pentingkan pengalaman visual.

Perlindungan mata terbaik dalam kelasnya

Menyedari masa skrin yang semakin tinggi di kalangan pengguna, HONOR menyertakan empat ciri utama perlindungan mata yang biasanya hanya ditemui pada tablet premium. Antaranya ialah sijil TÜV Rheinland Low Blue Light (berasaskan perkakasan) dan Flicker-Free, bagi memastikan skrin selesa digunakan walaupun dalam jangka masa panjang.

No Image Caption



Teknologi Dynamic Dimming meniru pantulan cahaya semula jadi, sementara ciri Circadian Night Display membantu mengurangkan cahaya biru pada waktu malam - sekali gus membantu pengguna mendapat tidur yang lebih berkualiti. Tambahan pula, HONOR turut memperkenalkan AI Defocus Eye Protection, teknologi unik yang menghasilkan kesan kabur lembut bagi mengurangkan ketegangan mata sewaktu membaca.

Dengan kesemua fungsi ini, HONOR Pad 10 muncul sebagai tablet Android paling lengkap dalam aspek perlindungan mata, menjadikannya sesuai untuk kanak-kanak, pelajar dan golongan profesional yang banyak bergantung pada paparan digital.

Bateri gergasi 10,100mAh, tahan seharian tanpa risau

Satu lagi kelebihan utama HONOR Pad 10 ialah kehadiran bateri bersaiz 10,100mAh, iaitu yang terbesar dalam kelasnya. Menurut HONOR, tablet ini mampu bertahan:

  • 8.5 jam untuk permainan PUBG
  • 11.9 jam untuk tontonan TikTok
  • 7.2 jam bermain Mobile Legends
  • Sehingga 80 hari dalam mod sedia

Bateri ini turut menyokong pengecasan pantas 35W, membolehkan pengguna kembali menggunakannya dalam masa yang singkat.

Jika dibandingkan dengan model seperti Samsung Tab S9 FE (8,000mAh) dan Huawei MatePad 11.5s (8,800mAh), HONOR Pad 10 menawarkan kapasiti jauh lebih besar dengan ketahanan penggunaan yang lebih menyakinkan.

Reka bentuk nipis, premium dan mudah dibawa

Walaupun hadir dengan paparan besar dan bateri gergasi, HONOR Pad 10 mengekalkan rekaan yang sangat nipis dan ringan. Ia hanya setebal 6.29mm dan seberat 525g, menjadikannya mudah dibawa ke mana-mana; sama ada untuk mesyuarat, kelas atau sekadar hiburan di rumah.

No Image Caption



Tablet ini tampil dalam dua warna elegan: Cyan dan Grey, dengan rekaan belakang Starlight Cloud Ring yang memberikan sentuhan moden dan premium. Kerangka logam unibody pula memberi rasa kukuh sewaktu digunakan, setanding dengan tablet kelas atasan.

Ciri kepintaran AI untuk produktiviti maksimum

HONOR Pad 10 bukan sekadar untuk hiburan - ia juga dilengkapi pelbagai alat bantu pintar untuk kerja dan pembelajaran.

No Image Caption



Antaranya termasuk:

AI Writing Tools: Membantu pengguna menghasilkan teks secara automatik, menyemak tatabahasa, dan memberi cadangan penambahbaikan dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu.

HONOR Notes: Aplikasi nota dengan fungsi AI Speech to Text masa nyata, pengecaman suara berbeza, AI Summary dan Smart Layout. Ia juga menyokong pengecaman formula matematik serta sesuai untuk pelajar dan tenaga pengajar.

HONOR Docs: Platform produktiviti yang membolehkan pengguna menyimpan dan menyunting fail dokumen, PDF dan slide dengan mudah merentas peranti dan semuanya percuma, tidak seperti aplikasi lain yang memerlukan langganan.

Kesambungan pintar dalam ekosistem HONOR

HONOR Pad 10 juga menyokong ekosistem HONOR Connect, membolehkan sambungan lancar dengan telefon pintar untuk pemindahan fail, berkongsi rangkaian internet atau menggunakan kamera telefon untuk mesyuarat video.

Ia turut hadir dengan fungsi Magic Portal dan Magic Capsule yang memudahkan navigasi. Sebagai contohnya dengan hanya meleret teks atau gambar, anda boleh terus kongsi ke aplikasi atau melakukan pembelian atas talian.

No Image Caption



Dikuasakan Cip Snapdragon 7 Gen 3: Prestasi mantap

HONOR Pad 10 dijana oleh cip Snapdragon 7 Gen 3, yang menawarkan peningkatan prestasi GPU sebanyak 50 peratus, CPU 15 peratus lebih pantas dan penjimatan tenaga sehingga 20 peratus berbanding generasi sebelumnya.

Dengan sokongan HONOR Smart Bluetooth Keyboard dan HONOR Pencil, tablet ini boleh digunakan seakan komputer riba mini serta sesuai untuk menaip kerja, menyunting dokumen, melakar idea atau mencatat nota dalam mesyuarat.

Harga dan tawaran sangat berbaloi

HONOR Pad 10 akan mula dijual secara rasmi di Malaysia bermula 30 Mei 2025, pada harga RM1,499 sahaja.

Setiap pembelian akan turut disertakan dengan tiga hadiah percuma bernilai RM1,097, iaitu:

  • HONOR Smart Bluetooth Keyboard
  • HONOR Pencil
  • HONOR Choice ANC Headphones

No Image Caption



Pendek kata, HONOR Pad 10 tampil sebagai tablet Android yang bukan sahaja menawarkan spesifikasi tinggi dan pengalaman visual hebat, tetapi juga lengkap dengan ciri pintar, perlindungan mata terbaik serta aksesori percuma yang menjadikannya pilihan berbaloi untuk pelbagai lapisan pengguna.

Sama ada anda seorang pelajar, guru, pekerja kreatif mahupun pengguna kasual, HONOR Pad 10 jelas memenuhi keperluan harian dengan harga yang sukar ditandingi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!