Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

UEM Edgenta perkukuh perkhidmatan infrastruktur

02 Jun 2025 | VIDEO
A
A
A
Berbekalkan pengalaman lebih 35 tahun dalam menawarkan perkhidmatan serta kepakaran menyelenggara lebuh raya dan jalan, UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta) melalui bahagian Perkhidmatan Infrastruktur (EIS) kekal berdaya tahan meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran semasa.

Kini, syarikat yang mempunyai kepakaran dalam penyelenggaraan lebuhraya dan jalan negeri dan luar bandar sepanjang lebih 9,000 kilometer (km) merangkumi penurapan inovatif dan pengurusan fasiliti.

Menurut Ketua Perkhidmatan Infrastruktur UEM Edgenta, Raihana Ahmad, perkhidmatan paling utama yang dikendalikan syarikat berkenaan ialah lebuh raya PLUS termasuk fasiliti di kawasan rehat dan rawat (R&R) milik konsesi tersebut.
OSZAR »