Berjaya naikkan patin chaophraya 54kg

Muhamad Noor Hidayat berjaya menaikkan patin chaophraya 54kg ketika memancing di Sungai Perak.
Muhamad Noor Hidayat berjaya menaikkan patin chaophraya 54kg ketika memancing di Sungai Perak.
A
A
A

TELUK INTAN - Baung ekor merah dan patin chaophraya antara spesies invasif yang pernah dinaikkan ketika memancing di Sungai Perak berhampiran Batak Rabit, di sini.

Muhamad Noor Hidayat Mohd Pauzi, 26, berkata, kedua-dua ikan asing berkenaan boleh didapati ketika turun memancing dan dijual pada harga antara RM8 hingga RM20 sekilogram (kg).

“Sejak aktif lima tahun lalu, ikan-ikan tersebut sudah ada tetapi kalau dikatakan kehadiran ikan asing ini mengganggu populasi ikan tempatan, itu saya tidak pasti.

“Memancing ini kadang kala kita dapat ikan ikut umpan yang digunakan, ikut rezeki juga seperti baru-baru ini saya berjaya menjinakkan chaophraya seberat 54kg,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Nelayan Kecil Jeti Biru, Taman Angkasa, Mazlan Samsuddin berkata, baung ekor merah merupakan ikan pemangsa yang akan muncul apabila air pasang atau selepas hujan.

“Spesies ini agresif yang mana akan memburu dan memakan ikan tempatan seperti udang dan tilapia.

“Bagaimanapun, ia sukar didapati di daerah Hilir Perak. Situasi ini mungkin berbeza dari Sungai Kinta atau hulu Sungai Perak,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!