Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja lelaki hilang di Klang

Khenwin
Khenwin
A
A
A

KLANG - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang dari rumahnya di sini sejak Khamis lalu.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dalam kenyataan memaklumkan, kehilangan R Khenwin dilaporkan pada jam 4.50 petang.

"Remaja itu berketinggian kira-kira 165 sentimeter dengan berat kira-kira 55 kilogram, rambut pendek keriting dan badan agak berisi.

"Pakaian terakhirnya, berbaju kemeja T warna biru dan berseluar panjang warna hitam," katanya.

Menurut kenyataan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja itu diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

"Orang ramai juga boleh menghubungi hotline IPD Klang Selatan ditalian 03-33762222 atau pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Rajuan Holedal ditalian 016-8052421," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!