MPM serbu Teluk Senangin, sita kerusi, meja sewa

Anggota penguat kuasa MPM bertindak menyita barang-barang sewaan yang beroperasi tanpa lesen atau melanggar syarat ditetapkan di pantai Teluk Senangin, Lumut.
Anggota penguat kuasa MPM bertindak menyita barang-barang sewaan yang beroperasi tanpa lesen atau melanggar syarat ditetapkan di pantai Teluk Senangin, Lumut.
A
A
A

MANJUNG – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) menyita pelbagai peralatan termasuk kerusi dan meja dalam operasi penguatkuasaan di pantai Teluk Senangin susulan aduan berhubung kegiatan penyewaan peralatan riadah tanpa kebenaran.

Operasi bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung itu dilakukan selepas tular dakwaan di media sosial kononnya pengunjung dikenakan caj semasa berkunjung ke pantai awam berkenaan.

MPM dalam kenyataan menegaskan dakwaan tersebut tidak benar dan bercanggah dengan dasar pihak berkuasa tempatan itu terhadap pengurusan pantai awam.

"Pantai Teluk Senangin adalah pantai awam yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa sebarang caj.

"Tindakan mengenakan bayaran masuk, berkumpul atau berkelah adalah tidak sah dan menyalahi undang-undang," jelas kenyataan itu pada Rabu.

Semua peralatan yang disita telah dibawa ke Depoh Simpanan Sementara MPM untuk tindakan selanjutnya mengikut undang-undang dan prosedur yang ditetapkan.
Semua peralatan yang disita telah dibawa ke Depoh Simpanan Sementara MPM untuk tindakan selanjutnya mengikut undang-undang dan prosedur yang ditetapkan.

Menurut MPM, sebanyak 10 permit telah dikeluarkan kepada pengusaha kerusi pelampung yang mematuhi syarat, namun hanya tiga daripadanya didapati masih aktif ketika operasi dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, antara syarat penting termasuklah larangan meletakkan peralatan sebelum disewa dan tidak boleh mengenakan sebarang bayaran bagi sewaan lain-lain peralatan atau penggunaan tapak yang tidak berkaitan.

MPM turut mengeluarkan enam sitaan terhadap premis yang dikesan melanggar peraturan di bawah Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Taman (MPM) 2005 serta Undang-undang Kecil Penjaja MPM 2007.

Semua peralatan yang disita telah dibawa ke Depoh Simpanan Sementara MPM untuk tindakan selanjutnya mengikut undang-undang dan prosedur yang ditetapkan.
Semua peralatan yang disita telah dibawa ke Depoh Simpanan Sementara MPM untuk tindakan selanjutnya mengikut undang-undang dan prosedur yang ditetapkan.

Dalam operasi tersebut, sebanyak 220 kerusi, 19 meja kayu, sebuah meja besi, sebuah payung, 25 pelampung dan tiga khemah disita kerana beroperasi tanpa lesen atau melanggar syarat ditetapkan.

Semua peralatan yang disita telah dibawa ke Depoh Simpanan Sementara MPM untuk tindakan selanjutnya mengikut undang-undang dan prosedur yang ditetapkan.

Dalam pada itu, MPM menyeru orang ramai tampil membuat aduan sekiranya berdepan situasi mencurigakan yang melibatkan kutipan bayaran oleh mana-mana pihak tidak dikenali di kawasan pantai berkenaan.

Sebarang aduan boleh disalurkan menerusi talian 05-6898833, WhatsApp 019-3035800 atau e-mel [email protected] dengan disertakan maklumat lengkap termasuk gambar atau video.

MPM turut mengingatkan bahawa satu notis pemakluman telah dikeluarkan kepada umum pada 15 Ogos 2024 yang menegaskan tiada sebarang caj dikenakan untuk berkelah di Pantai Teluk Senangin dan notis sama turut dipasang di beberapa lokasi sekitar kawasan itu.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan perkelahan enam keluarga berkelah di Pantai Teluk Senangin, Lumut sempena cuti sekolah menjadi terganggu apabila ruang untuk mereka berehat didakwa dihalang oleh individu tertentu.

Seorang pengunjung, Mohd Ferro Hamilly Mohd Ali, 37, berkata, dia bersama ahli keluarganya dari Ampang dan Kampar tiba di pantai tersebut pada pagi Isnin untuk berkelah namun berdepan kesulitan apabila diminta menyewa meja dan kerusi bagi menggunakan kawasan di bawah pokok di pantai berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!