Sultan Brunei puji perkhidmatan, kepakaran IJN - Anwar

Anwar Imenziarah baginda Tuanku Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei di Kuala Lumpur. Foto Pejabat Perdana Menteri.
Anwar Imenziarah baginda Tuanku Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei di Kuala Lumpur. Foto Pejabat Perdana Menteri.
A
A
A

PETALING JAYA - Kualiti perkhidmatan dan kepakaran petugas Institut Jantung Negara (IJN) mendapat pujian Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, Sultan Brunei amat berpuas hati dengan perkhidmatan dan kepakaran doktor di IJN sepanjang baginda dirawat di pusat perubatan itu.

Anwar berkata, penghargaan itu disampaikan secara peribadi oleh Sultan Brunei ketika beliau menziarahi baginda di IJN petang semalam sebelum baginda berangkat pulang ke Bandar Seri Begawan hari yang sama.

"Baginda menyatakan walaupun baginda mempunyai pengalaman dengan perkhidmatan kesihatan bertaraf antarabangsa dan akses kepada institusi perubatan terbaik dunia namun baginda amat berpuas hati dengan mutu khidmat, kecemerlangan serta kecekapan doktor-doktor kita di IJN,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI (FIM) Siri 6 di Menara Prasarana, di sini malam ini.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!