Petronas dijangka kurangkan tenaga kerja 10 peratus

Tengku Muhammad Taufik
Tengku Muhammad Taufik
A
A
A

[DIKEMAS KINI] SYARIKAT minyak dan gas milik negara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dijangka mengurangkan 10 peratus tenaga kerjanya dalam penyusunan semula seluruh syarikat bagi mengurangkan kos susutan harga minyak mentah.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, bilangan kakitangan yang terlibat dalam proses pengurangan itu berjumlah kira-kira 5,000 orang dan mereka yang terbabit akan dimaklumkan secara berperingkat sepanjang tahun depan.

Tengku Muhammad Taufik berkata, margin dijangka semakin mengecil, susulan medan minyak yang semakin kecil, dan sukar untuk memenuhi sasaran dividen" dengan harga minyak semasa.

Memetik laporan Bloomberg pada Khamis, kejatuhan harga minyak - bersama pengeluaran yang berkurangan daripada aset lama - akan menimbulkan cabaran buat kerajaan, yang memperoleh 10 peratus hasil negara daripada Petronas pada 2024.

Pengeluar tenaga itu bukan sahaja tunjang sektor tenaga negara, malah memainkan peranan penting dalam membiayai infrastruktur, pendidikan dan program sosial melalui dividen dan cukai.

Tengku Muhammad Taufik berkata, Petronas merancang belanjawan berdasarkan harga minyak Brent sekitar AS$75 (RM318.41) hingga AS$80 setong.

Penanda aras global kini didagangkan hampir AS$65, turun kira-kira 13 peratus tahun ini akibat ketegangan perdagangan yang mengancam pertumbuhan global dan pemulihan pengeluaran OPEC+.

Pendapatan bersih Petronas merosot 32 peratus pada 2024, selepas penurunan 21 peratus pada 2023. - Agensi/Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!