Kanak-kanak maut terjatuh apartment: Bapa mangsa direkod keterangan - Polis

Siasatan berhubung kes sedang dijalankan - Gambar hiasan
Siasatan berhubung kes sedang dijalankan - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bapa kepada kanak-kanak lelaki yang maut terjatuh dari tingkat 30 sebuah apartment di Bukit Jalil pada Khamis akan direkod keterangan bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Ridzuan Khalid berkata, lelaki warga tempatan itu akan direkod keterangan pada Sabtu kira-kira jam 9 malam.

"Siasatan berhubung kes ini sedang dijalankan dan kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

"Selain itu, polis juga akan merakam keterangan pakar dan saksi lain untuk siasatan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan ibu serta bapa saudara kanak-kanak lelaki yang maut terjatuh dari tingkat 30 sebuah pangsapuri di Bukit Jalil pada Jumaat ditahan untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, kedua-dua suspek yang ditahan itu merupakan warga Indonesia berumur 27 dan 25 tahun.

Terdahulu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari balkoni rumahnya di tingkat 30 sebuah pangsapuri di Bukit Jalil.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!