Johor perlu kekalkan kelebihan sedia ada - Bekas MB

Hasni (tengah) pada program korban DUN Benut di Kampung Permatang Palas, Benut pada Ahad.
Hasni (tengah) pada program korban DUN Benut di Kampung Permatang Palas, Benut pada Ahad.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Johor perlu mencari jalan terbaik bagi memastikan kelebihan sedia ada dapat dikekalkan khususnya dalam aspek kerjasama antara semua parti demi kestabilan dan masa depan negeri ini.

Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, Johor harus kekal dilihat sebagai sebuah negeri yang stabil dari segi pentadbiran, ekonomi dan sosial.

“Johor mempunyai zon ekonomi khas dan akan menganjurkan Tahun Melawat Johor 2026. Semua ini bergantung kepada kemampuan negeri dalam memajukan produk pelancongan serta merangka dasar-dasar yang pro perniagaan dan menyokong pertumbuhan ekonomi.

“Kita tidak boleh sekadar menjadi sebuah negeri yang biasa-biasa. Johor perlu ada kelebihan dan jika ia memerlukan pendekatan di luar kebiasaan, maka kita harus berani mengambil langkah itu,” katanya ketika ditemui dalam program korban DUN Benut di Kampung Permatang Palas di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau turut memberi nasihat kepada semua pihak termasuk pemimpin politik supaya bertindak sebagai pengimbang demi kebaikan negeri.

“Ada pandangan mengatakan tiada sebab parti-parti bukan dalam Pakatan Harapan di peringkat Pusat tidak boleh bekerjasama di peringkat negeri.

"Johor melihat bahawa kerjasama antara parti di peringkat negeri juga boleh berlaku demi kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut turut memberi nasihat kepada semua pihak termasuk pemimpin politik supaya bertindak sebagai pengimbang demi kebaikan negeri.

Artikel Berkaitan:

Pada 16 Mei lalu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengingatkan semua 56 ADUN di negeri ini supaya fokus memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negeri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!