Wanita cedera tersepit, kereta terbabas

Anggota bomba mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan di Lebuhraya Kajang-Silk pada Isnin.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan di Lebuhraya Kajang-Silk pada Isnin.
A
A
A

KAJANG – Seorang wanita cedera akibat tersepit selepas kereta dinaikinya terbabas di Kilometer 14.2 Lebuhraya Kajang–SILK di sini, pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 12.12 tengah malam.

"Seramai sembilan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 10 kilometer dari balai,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya tiba di tempat kejadian pada jam 12.30 pagi dan mendapati sebuah kereta jenis Proton Suprima S telah terbabas di bahu jalan.

Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Kajang-Silk pada Isnin.
Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Kajang-Silk pada Isnin.

“Terdapat tiga mangsa dalam kenderaan tersebut, kesemuanya warga tempatan. Seorang wanita berusia 50 tahun tersepit di tempat duduk penumpang hadapan.

“Manakala seorang lelaki berusia 30 tahun cedera di bahagian mulut, manakala seorang lagi wanita berusia 28 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kajang menggunakan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!