Lelaki maut nahas dua kenderaan

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU – Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Samad, Jalan Machang–Kuala Krai, Machang tengah malam Ahad.

Pegawai Bomba Kanan II (PBK II), Mohd Suhaimi Razali berkata, bomba menerima panggilan melalui sistem MERS999 yang memaklumkan kejadian itu pada jam 12.25 tengah malam.

Menurut beliau, sepasukan enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Machang diarahkan ke lokasi kejadian untuk tindakan.

“Sebaik tiba, kami dapati kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu sebuah Honda Accord sedan dan Perodua Axia yang dipercayai bertembung dari arah bertentangan,” katanya melalui kenyataan.

Beliau memberitahu, kemalangan itu mengakibatkan pemandu Honda Accord tersepit dan meninggal dunia, manakala masing-masing seorang pemandu dan penumpang Perodua Axia mengalami kecederaan.

Jelas beliau, kesemua mangsa dikeluarkan oleh anggota bomba sebelum dihantar ke hospital.

“Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis di lokasi kejadian,” katanya.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.13 pagi.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis di lokasi kejadian," katanya.

Operasi tamat sepenuhnya jam 2.13 pagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!