KDA FC antara 16 pasukan rancakan Liga A1

KDA FC antara 16 pasukan rancakan Liga A1 2025/26. Foto AFL
KDA FC antara 16 pasukan rancakan Liga A1 2025/26. Foto AFL
A
A
A

LIGA A1 Semi-Pro 2025/26 semakin rancak apabila empat pasukan termasuk FC Seoul Phoenix disahkan bakal bersaing bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Guar Syed Alwi FC (GSA FC) dan UM-Damansara United selepas memenuhi kriteria ditetapkan Liga Bolasepak Amatur (AFL).

Pengerusi AFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, tiga pasukan berkenaan sebelum ini diberikan kelulusan bersyarat dan perlu melengkapkan beberapa kriteria serta dokumen mengikut tempoh yang diberikan.

“Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Guar Syed Alwi (GSA FC) dan FC Seoul Phoenix (Korea Selatan) kini telah disahkan penyertaan mereka di Liga A1 Semi-Pro 2025/26,” katanya.

Mohd Yusoff turut memaklumkan, AFL juga mengesahkan penyertaan UM-Damansara United yang sebelum ini diletakkan dalam senarai menunggu bersama Ipoh City FC.

“Setelah melalui proses semakan dokumen dan kriteria ditetapkan sama seperti pasukan-pasukan yang lain, UM-Damansara United juga turut disahkan penyertaannya bagi melengkapkan jumlah 16 pasukan yang menyertai Liga A1 Semi-Pro 2025/26.

“Bagi Ipoh City FC pula, pasukan berkenaan telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menyertai saingan,” ujarnya.

Sebagai rekod, Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah AFL pada 5 Jun lalu memaklumkan 12 pasukan telah mengesahkan penyertaan bagi musim 2025/26.

Pasukan-pasukan berkenaan adalah:

Artikel Berkaitan:

  1. Armed Forces FC

  2. Manjung City FC

  3. Imigresen FC II

  4. Johor Darul Ta’zim II

  5. Selangor FC II

  6. Kelantan WTS FC

  7. Kedah FA

  8. Machan FC

  9. Kelantan Red Warriors FC

  10. Bunga Raya FC

  11. Malaysian University Football Team

  12. Persatuan Bolasepak Perak (PAFA)

  13. Kedah Darul Aman FC (KDA FC)

  14. Guar Syed Alwi FC (GSA FC)

  15. FC Seoul Phoenix (Korea Selatan)

  16. UM-Damansara United

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!