Noraniza Idris sedih, dakwa produk muruku ditiru

Noraniza Idris
Noraniza Idris
A
A
A

PENYANYI Noraniza Idris, menzahirkan rasa sedih apabila mendakwa terdapat pihak tidak bertanggungjawab meniru produk muruku keluaran syarikatnya.

Noraniza menerusi aplikasi TikTok berkata, akibat tindakan itu, beliau memutuskan untuk menukar bentuk dan pembungkusan snek berkenaan.

“Disebabkan isu ini, produk kita ditiru, jadi kita membuat keputusan untuk menukar bentuk dan pembungkusan.

“Ia bukan murah, mahal. Jadi kami masih menggunakan pembungkusan lama kerana masih ada 10,000 bungkus yang perlu dihabiskan,” ujarnya.

Sebelum ini, tular video yang memaparkan seorang individu bersikap defensif apabila ditanya tentang produk yang dijualnya dipercayai menyerupai produk muruku milik Noraniza.

Tambah Noraniza, beliau memberi jaminan kualiti produk tetap sama dan tidak berubah meskipun menggunakan pembungkusan baharu.

“Walaupun bentuk di dalam berubah sama ada panjang ataupun jejari, anda semua jangan risau kerana berat dan rasa premium masih sama.

“Malah, saya akan pastikan rasanya lebih sedap,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!