Sambutan Hari Guru tetap ceria walaupun hanya ada 41 murid

Permainan sukan bola keranjang antara guru dan murid menceriakan sambutan Hari Guru SJKC Chong San, Kampung Sungai Burung di sini pada Jumaat.
Permainan sukan bola keranjang antara guru dan murid menceriakan sambutan Hari Guru SJKC Chong San, Kampung Sungai Burung di sini pada Jumaat.
A
A
A

BAGAN DATUK - Biarpun hanya mempunyai 41 orang murid, sambutan Hari Guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong San, Kampung Sungai Burung di sini tetap meriah dan ceria.

Aktiviti permainan bola keranjang menjadi pilihan warga sekolah berkenaan, yang turut disertai Guru Besar, Tham Siew Pei, bersama 11 orang guru dan tiga orang kakitangan sokongan.

Biarpun hanya mempunyai 41 orang murid, sambutan Hari Guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong San, Kampung Sungai Burung di sini tetap meriah dan ceria.
Biarpun hanya mempunyai 41 orang murid, sambutan Hari Guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong San, Kampung Sungai Burung di sini tetap meriah dan ceria.

Permainan tersebut menceriakan sambutan Hari Guru yang diraikan di seluruh negara apabila murid bersama guru mempamerkan kehebatan masing-masing di gelanggang yang disediakan.

Selepas tamat aktiviti berkenaan, program diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada guru serta bacaan perutusan Ketua Pengarah Pendidikan, yang kemudiannya diikuti dengan ucapan oleh Siew Pei.

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia dan lagu Hari Guru.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!