343 juta rakyat AS bakal derita akibat tarif Trump

Dr Mahathir
Dr Mahathir
A
A
A

PUTRAJAYA – Tindakan Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif ke atas 180 negara menerusi dasar perdagangan baharunya dilihat hanya akan memakan diri sendiri.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, situasi tersebut boleh dilihat melalui jangkaan peningkatan kos sara hidup, yang seterusnya akan meningkatkan risiko inflasi.

“Contohnya, pengimport kenderaan di negara itu terpaksa menaikkan harga kerana tarif dikenakan ke atas mereka.

“Ini bermakna ia akan menjejaskan ekonomi AS dan menyebabkan inflasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Buku dan Dialog Khas Bersama Tun Dr Mahathir mengenai Cabaran Pembangunan Ekonomi di Abad Ke-21, di sini pada Isnin.

Ujarnya lagi, tindakan Presiden AS, Donald Trump, itu telah menyebabkan 343.6 juta rakyat negara berkenaan berada dalam penderitaan.

“Apabila kamu mengenakan tarif yang tinggi, bukan sahaja orang asing yang akan menderita, rakyat kamu sendiri juga turut menderita,” jelas Dr Mahathir.

Pada 3 April lalu, Trump mengumumkan pengenaan tarif asas sebanyak 10 peratus ke atas semua import ke AS, dan duti lebih tinggi terhadap puluhan negara lain.

Artikel Berkaitan:

Antaranya termasuk beberapa rakan dagang terbesar AS, sekali gus meningkatkan ketegangan perang perdagangan yang telah menggugat pasaran global dan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan sekutu-sekutu AS.

Malaysia turut dikenakan tarif sebanyak 24 peratus di bawah dasar tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!