Pendaki Britain tawan Gunung Everest buat kali ke-19

KATHMANDU - Pendaki gunung Britain, Kenton Cool pada Ahad berjaya menawan puncak Gunung Everest buat kali ke-19, sekali gus memecahkan rekod pendakian terbanyak oleh pendaki bukan daripada komuniti etnik Sherpa, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Menurut seorang jurucakap, pendaki berusia 51 tahun itu tiba di puncak pada awal pagi Ahad, disahkan oleh pejabat khemah induk Everest Jabatan Pelancongan Nepal,
Cool pertama kali mendaki puncak setinggi 8,849 meter itu pada 2004 dan sejak itu kembali hampir setiap tahun. Gunung Everest terletak di sempadan antara Nepal dan China serta boleh didaki daripada kedua-dua negara.
Rekod pendakian Gunung Everest terbanyak masih dipegang oleh pemandu bangsa Sherpa, Kami Rita Sherpa yang menawan puncak itu buat kali ke-30 tahun lepas. - Bernama/dpa
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!